~ Demi Masa ~

Wednesday, November 11, 2015

~:: mEnCaRi KeMbAlI sEmAnGaT yAnG hIlAnG ::~

Never lose hope...

Ku kini kembali tercari-cari secebis semangat.. Untuk bangkit dari kehilangan yang mengejutkan.. yang amat menyakitkan.. Rupanya mungkin kehilangan-kehilanganku yang terdahulu, hanyalah untuk persediaan diriku untuk kehilangan yang perit ini..

Dalam tercari-cari kembali semangat.. terjumpa kembali hasil balasan Dato' Dr Fadzilah Kamsah untuk persoalanku.. Alhamdulillah.. Allah bukakan hatinya untuk membalas pertanyaanku.. Hanya Allah yang mampu membalasnya dengan kebaikkan..

Di sini ku kongsikan nasihat beliau untuk manfaat bersama...

As salam,

Ingat hakikat bahawa Allah uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya utk menanggung ujian itu. So jgn sesekali merasa kecewa atau patah semangat. 

Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci org yg mudah patah semangat n setan amat suka org yg mudah patah semangat.

Setiap masalah berpunca drp: 
1. Hati yg kotor 
2. Fikiran yg negatif 
3. Amalan yg tak betul 
4. Gangguan metafizikal termasuk sihir
5. Jahil ttg agama & tanggungjawab sbg insan yg seimbang & cemerlang; atau
6. Semata mata ujian Allah krn sayangNya kpd kita. So cuba semak diri ttg apa punca sebenar masalah yg u hadapi.

Hati kita bertindak sbg MAGNET. Hati yg murni akan tarik hidayah Allah, kesihatan, berbagai punca rezki & kasih syg drp semua org di sekitar kita. Hati yg kotor akan menarik berbagai musibah, penyakit, kebencian org, kegagalan, etc.

Sabda Rasul: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, Allah akan uji dgn musibah dahulu. Justeru, berbahagialah jika Allah uji kita dgn sebarang ujian.

Prinsip hidup, jika ubah diri kita secara bersepadu, Allah akan ubah nasib & prestasi diri kita & ubah semua org d sekitar kita. Juga, semakin rapat kita dgn Allah, maka Allah akan perbaiki hub kita dgn semua org.

Mulai hari ini cuba overhaul diri u secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu n lakukan solat2 sunat qabliah n ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu.

2. Solat taubat n istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, dpt mengawal emosi, mudah dpt kerja yg terbaik, segera dpt jodoh terbaik, doa makbul, mampu berfikiran kreatif n semua org sayang. Lakukan juga solat hajat, istikharah n tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt d serahkan kpd Allah dgn sempurna.

3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul, lebih yakin diri, lebih kreatif, n semua org maafkan kita & melayan kita dgn cara yg positif.

4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 n ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka  org bujang akan bertemu jodoh, yg berkawin akan wujud kasih syg, di sayangi kwn sekerja, teguran org terima, selesai masalah, sembuh penyakit & terbuka semua pintu2 rezki & pintu2 kecemerlangan. DOA2 NI ADA DI FANPAGE SAYA NI.  Share doa2 tersebut dgn kwn2 & ahli keluarga yg lain.

5. Pagar diri dgn fatehah and surah 3 Qul, hembus tapak tgn n sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin n sihir.

6. Lembutkan hati u dan semua org dgn fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat qursi n hembus ke badan atau ke arah org2 tu, makanan, gambar atau pakaian yg dah d pakai sebelum d cuci. Utk lembutkan hati sendiri, sedut n telan air liur selepas membaca ayat2 di atas.

7. Layan  semua orang lebih baik drp biasa agar mrk melayan u dgn baik.

8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat/ kedai, baca Bismillah 3X, surah al ikhlas, senyum, beri salam n masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala  n ganggu supaya manusia bergaduh, Bos menzalimi pekerjanya, kwn dgn kwn akan bertengkar, suami isteri bertengkar, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, kwn sabotaj atau buli kwn, etc

9. Setiap kali nak bercakap dgn org lain, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir n hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u.

10. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 
1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 
2. Ya Allah, aku redha dgn segala ketentuan MU ya Allah. 
3. Ya Allah, aku ada masalah dlm usha utk jadi  insan yg soleh ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan kami insan yg solehah, bertimbang rasa, jaga solat, yakin diri, berfikiran kreatif,  pemaaf, maju dlm pekerjaan, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang n doa akan makbul.

Cuba amalkan amalan d atas selama 40 hari krn tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah u akan nampak pembaikan diri dari masa ke masa.  Jadikan amalan yg di titipkan ini sbg titik perubahan yg terbaik. 

Moga Allah bantu u n selamat maju jaya, wassalam.