~ Demi Masa ~

Saturday, December 12, 2015

~:: hIlAnG ::~

I tried to fit in... I really do... I just can't... Sometimes I feel like I really don't belong here...–Hercules

Di kebanyakkan masanya itulah apa yang diri ini rasai.. I don't fit in.. Mungkin kerana ada masanya pandanganku berbeza dari mereka.. atau mungkin kerana diri ini memang berbeza.. Atau mungkin ada masanya diri ini terlalu pro-solitude.. Terlalu menikmati masa bersendiri sehingga diriku kelihatan aneh pada mereka.. Entahlah..

Di kebanyakkan masa.. diri ini melihat sesuatu berbeza dari mereka.. Dan mereka tidak memahaminya.. Pernah sekali.. Aku pernah meletakkan harap pada manusia.. Meletakkan kepercayaanku pada mereka.. Namun kepercayaanku dipijak-pijak... Dicarik-carik.. Mereka yang ku anggap sahabat rupanya hanya bertopeng dihadapanku.. Diri ini dinilai negatif walaupun mereka tau itu bukan maksudku..

Sakit rasanya dikhianati.. Sakit rasanya disisihkan.. Namun akhirnya aku sedar.. Itu hanya ujian.. Untuk menunjukkan hakikatnya diri ini tak pernah sendiri.. Mungkin kerana diri ini murid yang lambat belajar.. Allah mahu aku belajar dengan mengalaminya sendiri.. Bahawa mereka yang tiada sesiapa tidak bersendiri kerana Allah sentiasa ada..

Namun diri ini masih berharap.. Bahawa satu hari nanti.. akan ada yang memahami..