~ Demi Masa ~

Sunday, November 22, 2015

~:: aNtArA tAkDiR & tAdBiR ::~

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak." ~ (Al-Baqarah 216)
Sesungguhnya takdir Allah senantiasa mendahului tadbir kita.. Kerana bagiku kita mentadbir diri ini mengikut apa yang kita mahu dalam keterbatasan ilmu yang kita tahu.. Tapi takdir Allah adalah bukti kekuasaanNya.. Takdir Allah adalah peringatan bahawasanya kita hanyalah hamba yang berada di dalam genggamanNya.. Takdir Allah memberikan apa yang kita perlu lebih dari apa yang kita mahu.. 

Namun diri ini sentiasa lupa.. bahawa Allah itu Maha Penyayang kerana sering melihat ujian yang dugaan yang diberikanNya sebagai hukuman.. Dalam tak sedar, kita merasakan Allah hanyalah Penghukum.. Menghakimi tiap kesalahan kita lantas menghukumnya dengan memberikan kesusahan dan duka nestapa.. Kita lupa untuk menganggap itu adalah teguran.. Kita lupa untuk merasa itu adalah peringatan dari Allah bahawa apa yang kita pilih itu salah.. Kita lupa bahawasanya Allah uji mereka yang Dia sayang.. Kita lupa dan buta untuk merasakan kasih sayangNya itu.. Kerana kita hanya mengeluh dan merasakan seperti kitalah insan yang paling malang di dunia.. Lupakah kita bahawa insan yang digelar sebagai kekasih Allah itu adalah insan yang paling banyak diuji? 

Kita harus sentiasa sedar.. Kita hanya insan yang terbatas ilmunya.. Seandainya tadbir kita juga sepertimana yang ditakdirkan Allah.. Maka bersyukurlah.. Namun seandainya tadbir kita tidak selari dengan takdir Allah.. Maka moga kita sentiasa ingat untuk bersabar dan menyerahkannya pada ketentuan Allah untuk menggantikan dengan yang lebih baik.. Yakinilah mungkin apa yang kita mahu itu bukanllah apa yang terbaik untuk kita dan apa yang Allah berikan adalah apa yang diperlukan oleh kita..

~*** Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi dan Maha Mengetahui ***~