~ Demi Masa ~

Saturday, September 19, 2015

~:: mY kInD oF PeAcE ~ dC tRiP ::~

“If you try to walk in my shoes, you'll end up in a bookstore.”
― Anonymous

This is like heaven for a bookworm like me.. Stuck in here for a few lost moments.. enjoying the smell of books.. the coffee (starbuck is in there) and the good .. slow and soothing music.. the best combination of three good things.. although end up buying nothing (restricting myself to do so).. but the memories of the moment is now imprinted in my mind..

p/s: I collect moments not things..

#DCtrip2015

~:: wElCoMeD bY tHe SuN -dC tRiP ::~

Keep you face to the sunshine and you cannot see a shadow.. - Helen Keller

I believe the sun welcomes me yesterday... The beautiful ray makes the view even more spectecular..

But one thing I realise is that.. The more I see the world.. the more I realise how the culture molds us in a different way.. making us acts differently when facing a situation or the way we see or acts upon something.. but it doesn't mean that what they do is wrong but maybe just different from what we normaly know.. so it kind of reminds me of how our prophets Muhammad pbuh keeps reminding us to be careful of who we choose as a friend.. because whom we choose as a friend, will reflects who we are.. because in a certain way person around us influence us to be who we are..

Thursday, September 17, 2015

~:: iDeNtItI dIrI ~ dC tRiP ::~

“Knowing others is intelligence;
knowing yourself is true wisdom.
Mastering others is strength;
mastering yourself is true power.”
― Lao Tzu, Tao Te Ching

Alhamdulillah.. Dengan berhijab memberikan identiti diri.. Siapa kita.. Dan.. Betul kata bijak pandai.. Ada masanya kita akan lebih jumpa Islam di negara yang bukan Islam.. Sepanjang tengah menyesatkan diri dalam pemandangan yang macam scene dari movie ni.. Rasanya dalam 5 orang yang tak dikenali yang sudi berikan salam.. Sunnah yang sayangnya semakin suram dinegara sendiri..

Kadang-kadang bila sesuatu itu lebih susah diperolehi atau dijumpai.. InsyaAllah.. ia lebih dihargai..

Sunday, August 16, 2015

~:: nOtHiNgNeSs ::~


Have you ever felt like.. All of a sudden you feel like doing nothing.. Nothing but lying down and staring at the ceilling on top of you.. Don't feel like moving.. Don't feel like thinking.. Don't feel like fighting for the world anymore... For a little space to live..

But.. you don't feel empty or lonely.. you simply just feel.. NOTHING...

Saturday, August 15, 2015

~:: pEpErAnGaN yAnG sEpI ::~

Tercatat dalam sirah, sewaktu baginda  Rasulullah S.A.W dan para sahabat pulang dari peperangan Badar, Baginda Rasulullah telah bersabda, yang  maksudnya : 
Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”

Mendengar yang sedemikian, para sahabat pun bertanya : 
"Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?

Lantas baginda pun menjawab : 
Perang melawan nafsu.” 

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Merenung sedetik di hadapan cermin ini, terlintas dihati akan hakikat betapa mudahnya untuk melihat kesalahan pada diri orang lain berbanding kesalahan yang ada pada diri sendiri. Betapa mudahnya untuk melabelkan orang lain salah, orang lain lemah tanpa terlebih dahulu bertanya pada diri adakah aku ini benar atau mungkin salah meneka.



Tuesday, September 16, 2014

:: ~ OhAyO gOzAiMaSu ~ My JaPaN tRiP ::~

No one will understand a Japanese garden until you've walked through one, and you hear the crunch underfoot, and you smell it, and you experience it over time. Now there's no photograph or any movie that can give you that experience. - J. Carter Brown


Alhamdulillah.. Walaupun atas sebab tanggungjawab kerja, diri ini berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Ryogoku, Jepun. Sebuah daerah di Tokyo yang dikenali juga sebagai Bandar Sumo atau pusat dunia sumo. Di mana stadium sumo dan tempat daya tarikan sumo lain yang berkaitan boleh didapati. Ia adalah pusat dunia sumo. Buktinya, jika berjalan di waktu malam disekitar bandar, berkemungkinan besar akan bertemu dengan ahli-ahli sumo yang baru pulang latihan. Begitu gah berkimono. Malahan di sekitar bandar juga dihiaskan dengan ukiran-ukiran patung sumo.



Salute untuk Abam Sumo.. Bershopping dengan kimono.. Terasa sungguh berada di Jepun..
Menjejakkan kaki ke sini, seolah-olah menjejakkan kaki ke satu dunia yang berbeza. Bukan hanya dari segi bahasa, namun juga dari segi budayanya yang begitu terpelihara. Terkesima seketika dan tertanya-tanya, bagaimana sebuah negara yang mengamalkan cara hidup yang kelihatannya begitu sederhana, namun pada hakikatnya adalah sebuah negara yang maju. Kenapa ku katakan sebagai sederhana? Yang dapat ku amati, sebagai contoh, bilangan kereta di jalan raya amatlah kurang. Ini mungkin kerana kereta bukanlah pengangkutan yang utama. Mereka lebih gemar menaiki metro atau berbasikal. Malahan kawasan parkir basikal kelihatan di mana-mana adanya stesyen metro.

Mungkin pengamatan ku salah, kerana apa yang dapat ku lihat dinegara sendiri kereta adalah seolah-olah mempamerkan simbol status seseorang. Namun nampaknya ianya tidak seperti itu disini. Mungkin simbol status mereka di sini dibezakan dengan cara yang lain.

Namun begitu, walaupun jalan raya yang seluas itu kelihatan begitu lengang sekali, ia tetap tidak menjadi alasan untuk pengguna jalan raya untuk tidak mematuhi undang-undang. Mungkin itulah kunci utama penduduk disini. DISIPLIN. Sikap yang dididik dari kecil dan menjadi sebati di dalam budaya mereka.


Persekitaran di sini kelihatan sungguh aman dan selamat. Mana tidaknya, kanak-kanak yang mungkin semuda umur enam atau tujuh tahun sudah kelihatan amat berdikari menaiki metro sendiri ke sekolah. Namun begitu apa yang amat menarik perhatianku adalah bilamana di perkarangan utama sekolah akan ada seorang guru yang akan menyambut kedatangan pelajar ke sekolah. Setiap seorangnya disapa satu per satu. Bukankah itu amat indah, sudah semestinya para pelajar akan lebih rasa dihargai.

Ehhhh... Shin chan hihihihi.. Cute sungguh... 
Namun begitu, tidak lengkap sekiranya jika menyebut tentang Jepun tanpa menyentuh mengenai keindahan dan kebersihannya. Segalanya kelihatan begitu kemas dan teratur. Tumbuhan menghijau kelihatan di mana-mana. Betul kata bijak pandai, kita tidak akan tahu makna sebuah taman Jepun itu tanpa melaluinya dan menikmatinya sendiri. Mendengar bunyi batuan yang dipijak, menghidu bau segar tumbuhan yang menghijau serta mendengar bunyi deruan air dari kolamnya yang dipenuhi ikan-ikan kap yang bersenang-lenang berenang-renang. 


Melalui celahan-celahan pohonan yang menghijau dan jalan-jalannya, sukar sekali untuk melihat secebis sampah kecil dijalanan. Tamannya hanya dihiasi tanaman hijau berlantaikan batuan yang rapi tersusun dengan hanya kelihatan sedikit gugusan daun yang berguguran tiap kali angin bertiup nyaman. Tenang dan damai. 


Malahan dinding-diding yang mengelilingi persekitan stesyen metronya turut terhias dengan lukisan-lukisan 3D yang menarik. Keindahan hasil kreativiti manusia dan alam bersatu dalam satu kanvas dunia yang cukup indah. 

Lukisan di bawah ini menarik minatku. Mengambarkan nilai kekeluargaan yang utuh, Seolah-olah mengingatkan sesibuk mana pun menjalani hidup seharian. Keluarga tetap yang paling utama. Terserlah bertapa begitu banyak usaha yang telah diberikan untuk menjaga semua permata berharga ini. Budaya serta alam sekitar itu sendiri. 


Dengan kata lain, sejuk hati melihat cara hidup masyarakat Jepun ini. Dengan tidak disengajakan diri ini turut mengalami sendiri bukti kejujuran sikap mereka. Telefon yang tertinggal di dalam tandas pada waktu pagi tanpa disedari akibat kesibukan mesyuarat masih berada di situ bila ditemuinya di lewat petang. Ketepatan masa yang mereka amalkan juga sudah tidak disangkal lagi. Hati ini tertarik juga bila berurusan jual beli, duit untuk bayaran dan baki tidak akan diletakkan di tangan si pembeli tapi diletakkan di dalam bekas yang telah di khaskan. 

Kehidupan mereka seolah-olah mengamalkan sunnah yang diajar oleh Rasulullah saw kepada kita. Kekadang tertanya, sekiranya mereka boleh, kenapa tidak kita? Sedangkan kita yang lahir sebagai muslim ini sepatutnya mempunyai sikap yang sedemikian kerana sepatutnya terdidik dengan nilai Islam dari kecil lagi. Malu rasanya, andai nanti ditanya tentang ini diesok hari apakah agaknya jawapan yang dapat diberikan untuk menyelamatkan diri. 


Namun begitu, bila berkesempatan menjengah ke pusat bandar keadaan sedikit berbeza. Atau mungkin ianya adalah kesinambungan dari apa yang telah dilihat. Dari satu sisi, mereka tetap sama, namun seolah-olah mencari-cari sesuatu. Seperti yang sedia maklum masyarakat Jepun amat obses dengan anime. Pelbagai jenis anime dengan pelbagai 'gaya' dapat dilihat di mana-mana. Mungkin itu adalah kebiasaan yang tiada salahnya lagi bagi mereka. 


Kelihatan pusat-pusat video game juga adalah salah satu tempat yang sentiasa dipenuhi ramai. Tidak mengira umur mahukan status. Kelihatan juga ada yang lengkap berpakaian pejabat turut sama beratur di dalam barisan yang panjang untuk memasuki pusat berkenaan. Mungkin mereka mencari sesuatu untuk mengisi dalaman mereka. Wallahua'lam.. ku tidak pasti. Hanya telahan sendiri dari insan yang cetak pengalaman di bumi Jepun ini.

Apa-apa pun bagiku, Jepun adalah sebuah negara yang amat menarik untuk dilawati. Terlalu banyak yang dapat dipelajari dan diselami. Dengan izin Allah, moga-moga dapat lagi ku jejakkan kaki ke sana untuk lebih mengeksplorasi sisi lain Jepun selain dari apa yang sudah dilihat ini.

Tokyo Skytree - Pemandangan dari kaca mata burung - Dari hotel Dai-Ichi 
Moga-moga tercapai... Satu hari yang indah nanti...

~:: *** ::~

Saturday, August 16, 2014

~:: tRuSt ::~

“We can never judge the lives of others, because each person knows only their own pain and renunciation.” ― Paulo Coelho, By the River Piedra I Sat Down and Wept

Trust.. For me I think this is this beautiful story is all about. James who had lost himself in his way through life, had somehow gained friendship and trust of Bob the cat, who is also lost his way in life.. Without judging each other and excepting one another, they had find a new hope. They had learned to trust again. Trusting that there is still something good in this world after life had taken both of them to their knees. Abandoned and broken.. With their unique friendship.. James has learned to be someone better and improved his life.. While Bob learned how to trust a man again..

Having read the book, I also had a view of how the life of a person can turned upside down just because of one stupid mistake.. And how help can be found in so many different form..

You might never known it.. the next thing you find might be a sourvior that was sent to safe you... Therefore, all you had to do is always be kind to others no matter how hard it might seem to do so..


Saturday, June 28, 2014

~:: 1 rAmAdHaN ::~

Permulaan Ramadhan kali ini terasa penuh kesayuan.. Terasa di dalam hati satu kehilangan sebuah impian.. Namun biarlah.. Andai kesayuan ini lebih membuat hati menghayati Ramadhan ini..

Maka biarlah.. Moga Ramadhan ini membawa sejuta makna..

Monday, March 24, 2014

~:: dUhAi HaTi ::~

Duhai hati...

Ingatkan sentiasa.. Segalanya milik Allah.. kita hanya hamba.. Allah berhak menguji hambaNya semahunya..

Walaupun ada masanya ujian itu tidak mampu kita fahami.. kesakitan yang dirasa bagai tak mampu untuk ditanggung lagi.. dan hikmahnya takkan pernah dapat kita nikmati di dunia ini..

Namun yakinilah Allah uji kerana Allah sayang.. Mungkin ujian itu dapat menghakis dosa-dosamu.. Mengajarmu agar lebih bijak dari kebodohan masa lampaumu.. Atau mungkin ujian itu untuk mendapat kasih Allah padamu..

Dan yakinilah Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya dengan apa yang tidak mampu ditanggung..

Ingatlah jua yang dunia ini hanya tempat untuk menguji dan yakinilah walau seluruh dunia meninggalkanmu.. mengecewakanmu.. Walau segala usahamu gagal.. Walau tiada secebis pun pengorbananmu dihargai.. Namun yakinilah Allah tetap ada untukmu.. Dia Yang Maha Tahu.. Dia Yang Maha Mengerti..

Jadi.. Sabar dan tetaplah tersenyum... Biarlah jika dunia tidak tahu.. Apatah lagi memahami... Biarlah.. Walau lelah hatimu untuk bertahan.. Teruskanlah perjalananmu dengan tenang dan yakinilah yang Dia Yang Maha Penyayang sedang mengatur perjalanan hidupmu dengan kekuasaan dan hikmahNya..

Namun menangislah jika tiada daya hatimu menahan hanya untuk terus bangkit kembali dan terus bertahan..

Wednesday, November 13, 2013

~:: iBrAh DaRi UjIaN ::~

”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sudah lama rasanya tidak menulis di sini walau pernah berkata pada diri laman ini akan ku jadikan laman terapi tempat luahan hati.

Teringat diri akan satu pesanan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :
Allah memberi peringatan kepada hambaNya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil. Biar rasa sakit sikit untuk menguji samada hambaNya mengingatinya dan berusaha memperbaiki dirinya. Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingatiNya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok, sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita. 
Walau mungkin bukan ayat itu yang dituturkan namun lebih kurang begitulah pesanannya.

Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa hidup ini adalah untuk menguji kita. Untuk itu jugalah dunia itu dicipta. Untuk menguji.

Siapalah kita untuk menolak ujian yang diberikan. Siapalah kita untuk membenci setiap ujian yang diberikan. Tidakkah kita sedar kita hanya hambaNya, yang hidupnya kita ini pun juga atas belas ehsanNya. Sedangkan telah termaktub bagi mereka yang mengaku Islam untuk mematuhi rukunNya yang meyakini bahawa setiap ketetapan adalah dari Allah dan atas kehendak Allah.

Diri ini harus perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur. Untuk memanggil kita kembali pada jalanNya. Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari. Mungkin ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui. Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan Allah menguji kerana sayang. Jadi yakinilah bahawa diri ini bertuah kerana Allah menyayangimu.

Meskipun itu bukan alasan untuk hanya berserah tanpa usaha, namun menyedari hakikat ini mampu buat diri lebih tenang untuk mengatur jalan tuju ini dengan hati yang lebih lapang. Kerana... Jika diri ini disayang Allah. Apa lagi yang perlu dikhuatiri selain untuk menyayangiNya kembali...