Tercatat dalam sirah, sewaktu baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat pulang dari peperangan Badar, Baginda Rasulullah telah bersabda, yang maksudnya :
“Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang maha besar.”
Mendengar yang sedemikian, para sahabat pun bertanya :
"Apakah peperangan yang maha besar itu ya Rasulullah?”
Lantas baginda pun menjawab :
“Perang melawan nafsu.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Merenung sedetik di hadapan cermin ini, terlintas dihati akan hakikat betapa mudahnya untuk melihat kesalahan pada diri orang lain berbanding kesalahan yang ada pada diri sendiri. Betapa mudahnya untuk melabelkan orang lain salah, orang lain lemah tanpa terlebih dahulu bertanya pada diri adakah aku ini benar atau mungkin salah meneka.