وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَBagaikan sebuah peringatan untuk yang masih hidup.. ku rasakan banyak sekali khabar tentang pemergian yang mengejutkan di akhir-akhir ini.. ternyata tua mahupun sakit bukan lagi syarat untuk pergi.. Andai masanya telah tiba untuk diri dijemput pergi.. maka pulanglah kita mengadap ilahi..
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (QS, 29:64)
Benarlah kematian itu sebaik-baik peringatan.. datangnya ia membawa peringatan bahawa dunia ini hanyalah sebuah persinggahan..
~** Satu masa nanti kita akan kembali **~