~ Demi Masa ~

Monday, November 30, 2015

~:: sEbUaH pErsInGgAhAn ::~

وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (QS, 29:64)
Bagaikan sebuah peringatan untuk yang masih hidup.. ku rasakan banyak sekali khabar tentang pemergian yang mengejutkan di akhir-akhir ini.. ternyata tua mahupun sakit bukan lagi syarat untuk pergi.. Andai masanya telah tiba untuk diri dijemput pergi.. maka pulanglah kita mengadap ilahi..

Benarlah kematian itu sebaik-baik peringatan.. datangnya ia membawa peringatan bahawa dunia ini hanyalah sebuah persinggahan..

~** Satu masa nanti kita akan kembali **~

Saturday, November 28, 2015

~:: mEnCaRi MaKnA dIrI ::~

“Knowing yourself is the beginning of all wisdom.” –
Aristotle

Ada masanya diri ini hilang.. hilang dalam fikiranku sendiri.. fikiran yang kekadang diri ku sendiri kurang mengerti.. Ada masanya aku tertanya-tanya mengapa jalan hidupku sebegini.. Benar.. ramai yang memandang diri ini kuat.. ramai yang merasakan diri ini tabah.. Tapi ada masanya diri ku ini kepenatan.. kepenatan dalam mengharungi hidup yang ada masanya ku rasakan hilang arah.. Maka dikebanyakkan masanya.. diri ini lebih senang membisu dari mohon difahami.. kerna ku yakin tidak ramai yang dapat memahami..

Bukanlah diri ini berputus asa dengan hidup.. tidak sekali-kali.. masih ada harapan yang digenggam.. Cuma ada masanya lelah menanti dipertengahan jalan kerana buntu mencari  dan menanti apa yang ada dijanjikan di masa depanku... Namun ku tahu.. Ku yakin.. apa yang diberikan untuk ku lalui bukanlah diluar kemampuanku untuk menanggungnya.. Lantas ku memilih untuk pasrah dan berserah segala pada Yang Maha Kuasa..

Tiada sanggup ke bebani hati dan minda ku dengan apa yang diluar dayaku untuk mengawalnya.. Biarlah diri ini melalui segala dari hari demi hari.. Biarlah diri ini memilih untuk hidup dalam ruang masa yang hanya dibataskan untuk hari ini.. kerna tidak daya rasanya untukku biarkan diri merisaukan apa yang tidak pasti dan apa yang tidak mampu ku kawali...

~** Biarlah diri ini hidup hanya untuk hari ini dan membiar pemilik hatiku menentukan jalan yang terbaik untukku lalui.. **~

Sunday, November 22, 2015

~:: aNtArA tAkDiR & tAdBiR ::~

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak." ~ (Al-Baqarah 216)
Sesungguhnya takdir Allah senantiasa mendahului tadbir kita.. Kerana bagiku kita mentadbir diri ini mengikut apa yang kita mahu dalam keterbatasan ilmu yang kita tahu.. Tapi takdir Allah adalah bukti kekuasaanNya.. Takdir Allah adalah peringatan bahawasanya kita hanyalah hamba yang berada di dalam genggamanNya.. Takdir Allah memberikan apa yang kita perlu lebih dari apa yang kita mahu.. 

Namun diri ini sentiasa lupa.. bahawa Allah itu Maha Penyayang kerana sering melihat ujian yang dugaan yang diberikanNya sebagai hukuman.. Dalam tak sedar, kita merasakan Allah hanyalah Penghukum.. Menghakimi tiap kesalahan kita lantas menghukumnya dengan memberikan kesusahan dan duka nestapa.. Kita lupa untuk menganggap itu adalah teguran.. Kita lupa untuk merasa itu adalah peringatan dari Allah bahawa apa yang kita pilih itu salah.. Kita lupa bahawasanya Allah uji mereka yang Dia sayang.. Kita lupa dan buta untuk merasakan kasih sayangNya itu.. Kerana kita hanya mengeluh dan merasakan seperti kitalah insan yang paling malang di dunia.. Lupakah kita bahawa insan yang digelar sebagai kekasih Allah itu adalah insan yang paling banyak diuji? 

Kita harus sentiasa sedar.. Kita hanya insan yang terbatas ilmunya.. Seandainya tadbir kita juga sepertimana yang ditakdirkan Allah.. Maka bersyukurlah.. Namun seandainya tadbir kita tidak selari dengan takdir Allah.. Maka moga kita sentiasa ingat untuk bersabar dan menyerahkannya pada ketentuan Allah untuk menggantikan dengan yang lebih baik.. Yakinilah mungkin apa yang kita mahu itu bukanllah apa yang terbaik untuk kita dan apa yang Allah berikan adalah apa yang diperlukan oleh kita..

~*** Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi dan Maha Mengetahui ***~

Wednesday, November 11, 2015

~:: mEnCaRi KeMbAlI sEmAnGaT yAnG hIlAnG ::~

Never lose hope...

Ku kini kembali tercari-cari secebis semangat.. Untuk bangkit dari kehilangan yang mengejutkan.. yang amat menyakitkan.. Rupanya mungkin kehilangan-kehilanganku yang terdahulu, hanyalah untuk persediaan diriku untuk kehilangan yang perit ini..

Dalam tercari-cari kembali semangat.. terjumpa kembali hasil balasan Dato' Dr Fadzilah Kamsah untuk persoalanku.. Alhamdulillah.. Allah bukakan hatinya untuk membalas pertanyaanku.. Hanya Allah yang mampu membalasnya dengan kebaikkan..

Di sini ku kongsikan nasihat beliau untuk manfaat bersama...

As salam,

Ingat hakikat bahawa Allah uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya utk menanggung ujian itu. So jgn sesekali merasa kecewa atau patah semangat. 

Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci org yg mudah patah semangat n setan amat suka org yg mudah patah semangat.

Setiap masalah berpunca drp: 
1. Hati yg kotor 
2. Fikiran yg negatif 
3. Amalan yg tak betul 
4. Gangguan metafizikal termasuk sihir
5. Jahil ttg agama & tanggungjawab sbg insan yg seimbang & cemerlang; atau
6. Semata mata ujian Allah krn sayangNya kpd kita. So cuba semak diri ttg apa punca sebenar masalah yg u hadapi.

Hati kita bertindak sbg MAGNET. Hati yg murni akan tarik hidayah Allah, kesihatan, berbagai punca rezki & kasih syg drp semua org di sekitar kita. Hati yg kotor akan menarik berbagai musibah, penyakit, kebencian org, kegagalan, etc.

Sabda Rasul: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, Allah akan uji dgn musibah dahulu. Justeru, berbahagialah jika Allah uji kita dgn sebarang ujian.

Prinsip hidup, jika ubah diri kita secara bersepadu, Allah akan ubah nasib & prestasi diri kita & ubah semua org d sekitar kita. Juga, semakin rapat kita dgn Allah, maka Allah akan perbaiki hub kita dgn semua org.

Mulai hari ini cuba overhaul diri u secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu n lakukan solat2 sunat qabliah n ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu.

2. Solat taubat n istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, dpt mengawal emosi, mudah dpt kerja yg terbaik, segera dpt jodoh terbaik, doa makbul, mampu berfikiran kreatif n semua org sayang. Lakukan juga solat hajat, istikharah n tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt d serahkan kpd Allah dgn sempurna.

3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul, lebih yakin diri, lebih kreatif, n semua org maafkan kita & melayan kita dgn cara yg positif.

4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 n ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka  org bujang akan bertemu jodoh, yg berkawin akan wujud kasih syg, di sayangi kwn sekerja, teguran org terima, selesai masalah, sembuh penyakit & terbuka semua pintu2 rezki & pintu2 kecemerlangan. DOA2 NI ADA DI FANPAGE SAYA NI.  Share doa2 tersebut dgn kwn2 & ahli keluarga yg lain.

5. Pagar diri dgn fatehah and surah 3 Qul, hembus tapak tgn n sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin n sihir.

6. Lembutkan hati u dan semua org dgn fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat qursi n hembus ke badan atau ke arah org2 tu, makanan, gambar atau pakaian yg dah d pakai sebelum d cuci. Utk lembutkan hati sendiri, sedut n telan air liur selepas membaca ayat2 di atas.

7. Layan  semua orang lebih baik drp biasa agar mrk melayan u dgn baik.

8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat/ kedai, baca Bismillah 3X, surah al ikhlas, senyum, beri salam n masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala  n ganggu supaya manusia bergaduh, Bos menzalimi pekerjanya, kwn dgn kwn akan bertengkar, suami isteri bertengkar, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, kwn sabotaj atau buli kwn, etc

9. Setiap kali nak bercakap dgn org lain, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir n hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u.

10. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 
1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 
2. Ya Allah, aku redha dgn segala ketentuan MU ya Allah. 
3. Ya Allah, aku ada masalah dlm usha utk jadi  insan yg soleh ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan kami insan yg solehah, bertimbang rasa, jaga solat, yakin diri, berfikiran kreatif,  pemaaf, maju dlm pekerjaan, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang n doa akan makbul.

Cuba amalkan amalan d atas selama 40 hari krn tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah u akan nampak pembaikan diri dari masa ke masa.  Jadikan amalan yg di titipkan ini sbg titik perubahan yg terbaik. 

Moga Allah bantu u n selamat maju jaya, wassalam.