~ Demi Masa ~

Wednesday, October 28, 2015

~:: 28 oKtObEr ~ kEmBalI bErBiCaRa SeKePiNg HaTi ~ PaRt 2 ::~

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS. Ali Imran: 185).

28 Oktober.. 

Allah mengingatkan diri ini betapa dekat jaraknya antara permulaan hidup & pengakhirannya.. Allah mengingatkan aku bahawasanya Dialah perancang yang paling utama dan kita hanyalah hamba yang hanya mampu mentadbir atas ihsan takdirNya.. Tiada syarat untuk terjadinya sesuatu jika itu sudah kemahuanNya.. 

Namun itu bukanlah bermakna Allah kejam.. Allah hanya mengingatkan bahawa sesuatu itu adalah milikNya.. Allah hanya mengingatkan yang setiap sesuatu yang dipinjamkan akan tetap kembali pada empunya.. Rupanya segala kehilangan dan kepedihan yang ku rasai selama ini tidaklah dapat menandingi kepedihan ini.. Mungkin hanya persedian untuk ujianNya yang satu ini.. Ujian yang sudah pasti hadir.. Cuma tiadaku sangka datangnya mengejut sebegini.. Datangnya pada tarikh yang sepatutnya menjadi tarikh yang ku rai..  

Tapi itulah perancanganNya.. tiada kebetulan dalam perancanganNya.. Ku tahu Allah mahu mendidikku.. Ku tahu Allah mahu diri ini sentiasa mengingatinya.. Sentiasa mendoakannya.. Lihat.. Betapa Allah sayangkan diri ini yang sentiasa lupa.. Degil.. Alpa.. Cuma diri ini sedikit terkilan kerna tidak mampu berbakti lebih lama.. Sedikit terkilan kerna masih tidak mampu membahagiakan.. Sedikit terkilan kerana masih belum mampu membuatnya bangga.. 

Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.. Kerna kekadang diri ini lupa yang dia sudah dimamah usia.. Diri ini lupa dia sudah lama berusaha... Penat lelah tidak pernah ditunjuk.. Senyumannya tidak pernah pudar.. Hinggakan ku lupa untuk melihat kedutan di balik senyumannya.. Rambut yang mula memutih di kepalanya.. Diri ini lupa.. Tapi Allah tidak pernah lupa.. Maka Allah ingin memberikannya kerehatan.. 

Sesungguhnya diri ini rindu.. Terkilan dihati tiada siapa yang tahu.. Tangis dan sendu tidak dapat lagi memutar waktu.. Apa yang mampu hanyalah merayu moga Abahku ditempatkan di taman syurgaMu bersama mereka yang berada di dalam rahmatMu.. 

~*** Abah... Maafkan anakmu yang kan sentiasa merindu.. ***~